Kesedaran
Sunday, 12 February 2012 | 06:21 | 0 hearts♥
Hari ni aku belajar satu kesedaran,yang xpernah aku lalui dan rasa,aku selalu salahkan takdir apabila aku ditimpa nasib yang tidak menyebelahi diri.Aku sering maki maki sorang diri aku selalu salahkan diri aku ni pembawa malang.Jika apa yang aku nak,aku xdapat bila semua orang dah dapat.Aku tahu betapa susahnya jadi susah dan betapa peritnya hidup.Aku ada seorang kawan,aku tahu hidup dia susah tapi aku xpernah dengar dia mengeluh,aku xpernah tengok dia berputus asa.Betapa kuatnya dia.Tuhan,kaulah yang maha adil.
Tapi aku?Baru hari ini aku belajar daripada salah aku.Allah tak kan menguji hambanya kalau tidak bersebab.Aku tahu aku terlalu inginkan kesempurnaan,aku mahu apa yang orang lain ada.Sedangkan aku belum tahu sedangkan ada rezeki aku.
Aku menangis hari ini kerana aku tersedar daripada lamunan aku.Aku percaya Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui.Aku akan terus menunggu dan menunggu sampai ada rezeki aku.Dan kalau ada Alhamdullilah.
Aku mahu mengembirakan hati keduanya.Aku mahu membalas jasa.Karena aku tahu terlalu banyak jasa dan pengorbananmu pada aku.Terima kasih aboh ami.Cinta aku pada kalian xkan pernah padam dan jasa serta pengorbanan kalian akan sentiasa berada didalam hati sampai aku mati.Aku janji tak kan mengecewakan kalian. Insyaallah.

