Kesedaran
Sunday, 12 February 2012 | 06:21 | 0 hearts♥
Hari ni aku belajar satu kesedaran,yang xpernah aku lalui dan rasa,aku selalu salahkan takdir apabila aku ditimpa nasib yang tidak menyebelahi diri.Aku sering maki maki sorang diri aku selalu salahkan diri aku ni pembawa malang.Jika apa yang aku nak,aku xdapat bila semua orang dah dapat.Aku tahu betapa susahnya jadi susah dan betapa peritnya hidup.Aku ada seorang kawan,aku tahu hidup dia susah tapi aku xpernah dengar dia mengeluh,aku xpernah tengok dia berputus asa.Betapa kuatnya dia.Tuhan,kaulah yang maha adil.
Tapi aku?Baru hari ini aku belajar daripada salah aku.Allah tak kan menguji hambanya kalau tidak bersebab.Aku tahu aku terlalu inginkan kesempurnaan,aku mahu apa yang orang lain ada.Sedangkan aku belum tahu sedangkan ada rezeki aku.
Aku menangis hari ini kerana aku tersedar daripada lamunan aku.Aku percaya Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui.Aku akan terus menunggu dan menunggu sampai ada rezeki aku.Dan kalau ada Alhamdullilah.
Aku mahu mengembirakan hati keduanya.Aku mahu membalas jasa.Karena aku tahu terlalu banyak jasa dan pengorbananmu pada aku.Terima kasih aboh ami.Cinta aku pada kalian xkan pernah padam dan jasa serta pengorbanan kalian akan sentiasa berada didalam hati sampai aku mati.Aku janji tak kan mengecewakan kalian. Insyaallah.
Kita ingin katakan satu.
Tuesday, 27 December 2011 | 09:57 | 0 hearts♥
Ni rasa rasa blog yang ke 4 saya buat. saya suka blog tapi blog xsuka saya sebab tu asyik xjadi, lupa password, lupa email. semua lupa lah saya rasa mungkin jodoh saya bukan dengan blog tapiiiiiii. hm xtahu *kepala ke lantai
Dekat Kemaman Terengganu sekarang cuaca sangat tidak mengizinkan untuk mak mak jemur baju, ayah ayah basuh kereta. nasib baik anak anak sedang cuti sekolah jadi xdelah nak kena letak kasut belakang peti ais sampai kasut tu jadi kaler kuning seakan akan coklat sedikit sebab nk bagi kering.
Sekarang saya sedang cuti setengah semester. kata lainnya cuti mid sem. paham x? x ke? xpelaa xpayah la. saya sedang tunggu cek mara yang xdapat dapat sampai buat saya marah dan tertekan sebab nafsu nak membeli ni melonjak lonjak naik seperti gunung berapi yang ingin keluar ke bumi. saya bukan nak bershopping bagi diri ni cantik dan bergaya tapi sekadar ingin ber ala kadar untuk ke kolej,saya mahu kasut cantik tapi murah, beg ke kolej yang murah tapi cantik, payung yang besar untuk melindungi kulit ini daripada cahaya matahari yang terik. haha xlawak
Nanti lepas tahun baru hari selasa dah ade kelas serius malas nak balik ke bangi sebab badan saya terlalu cintakan katil saya di sini dan saya rasa sangat selesa hidup disini tanpa kelas dan tanpa apa apa tanggungjawab macam saya disana itu. Disana saya perlu beli makanan sendiri,basuh baju, sidai baju, lipat baju serius saya tak pernah buat kerja tu masa saya cuti SPM hari tu. haaa teruk x anak dare? xkan? comel ade laaa haha
Saya kata tadi nak kata satu je kn tapi terkata banyak pulok tapi xpelah saya tulis bukan ande,dan dakwat laptop saya habis bukan ande. kalau nak ande buat sendiri oke,saya xmarah ande. blog saya blog saya blog ande blog ande. saya baru buat blog tapi mulut dah start kuang ajo sikit nanti ramai lah ande ande tak suka saya. haha peaceeee jangan marah nanti xcomey dah macam saya. bye :)


